Pages

Thursday, April 17, 2014

IRISH STEW...MENU SESUAI UNTUK SAHUR


Irish Stew ini cukup sesuai jika kita berhajat untuk mengelak dari makan nasi. Stew dimakan bersama bagutte atau roti memang sedap. Biasanya beef dan lamb cukup sedap tetapi oleh kerana anak-anak lebih gemarkan ayam jadi saya buat stew ayam.

Cara memasaknya sama macam kita buat sup...cuma stew ni agak pekat dan dimasukkan sedikit tomato pes. Warnanya kemerahan. kentang, carrot dan celery menambahkan kelazatan pada stew ini.







Irish Chicken Stew


Prep time

Cook time

Total time

1/2 ekor ayam dipotong kecil (ikut suka)
2 biji bawang besar dipotong dadu
5 ulas bawang putih ditumbuk halus
1/2 halia ditumbuk halus
2 biji tomato dipotong dadu
1 batang carrot dipotong menyerong
2 batang celery dipotong menyeri
3 biji kentang dipotong empat
1/2 sdt thyme
1/2 sdt rosemary
2 helai daun bay
1/2 cawan tomato heinz (atau 2 sdb tomato pes)
stock ayam secukupnya
10 gm tepung gandum
4 sdb mentega

Cara Membuatnya

  1. Panaskan mentega
  2. Tumis bawang besar sehingga layu
  3. Masukkan bawang putih dan halia tumbuk.
  4. Masukkan tepung gandum biar seketika
  5. Masukkan bay leaf dan pes tomato, dan tomato cincang.
  6. Masukkan ayam dan masak lebih kurang 10 minit
  7. Masukkan stock ayam, ubi kentang masukkan thyme dan rosemary.
  8. Renehkan dan biarkan sehingga ayam dan ubi empuk.
  9. Masukkan garam secukup rasa.
  10. Bila ayam dan kentang agak empuk..masukkan carrot dan celery.
  11. Renehkan sehingga semua bahan sebati.


 @PATYSKITCHEN, All images and content are copyright protected. Please do not use my images without prior permission. If you want to republish this recipe, please rewrite.


No comments:

You Might Also Like These

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...